Datuk Sebastian Ting New Year Message

Datuk Sebastian

Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau Datuk Sebastian Ting mengucapkan Selamat Tahun Baru  2019 kepada semua kaum dan bergembira di samping keluarga dan rakan-rakan.

Menurutnya, sikap saling menghormati agama,adat resam serta budaya masyarakat lain,sudah pasti negeri dan negara kita ini akan terus makmur tanpa pertelingkahan antara satu sama lain.

Apa kita harap agar isu melibatkan perkauman tidak harus dibangkit kerana ia boleh menggugat keamanan,kemakmuran dan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Amalan kerjasama, semangat dan rasa kekeluargaan yang kental yang ada pada setiap rakyat pelbagai kaum juga sesama umat dalam apa juga kepercayaan dan agama, saling-hormat menghormati antara satu sama lain akan membawa kepada perpaduan yang sukar diganggu-guggat oleh mana-mana pihak.

Oleh itu,beliau menggesa anak sarawak usaha berterusan untuk memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan kita yang pelbagai agama, bangsa dan budaya. Biarlah Sarawak terus menjadi contoh kepada semangat perpaduan kaum dan agama yang tulen bagi seluruh negara.

Datuk Sebastian Ting meminta rakyat sarawak supaya tidak memain sentimen kaum dan agama sebaliknya perlu saling menghormati serta memahami budaya serta agama kaum lain demi memperkukuh lagi perpaduan sedia ada di negeri ini.

Sekiranya ia dicampur aduk akan menimbulkan senario kucar- kacir di kalangan rakyat yang umum sedia maklum memiliki masyarakat majmuk yang berbilang kaum, agama dan bangsa.

“Apa yang penting ialah kita harus melindungi persefahaman dan kestabilan kita yang perlu diteruskan,” katanya.

Sebastian berkata beliau sangat gembira kerana dia telah mewarisi kestabilan politik dari pendahulunya yang membolehkannya membawa negara dan rakyat ke tahap yang lebih tinggi.

Kerajaan sarawak akan meneruskan amanah ini sebagai asas bagi kami untuk bekerjasama dan mencari jalan baru bagi kami untuk membangun Sarawak dalam landskap ekonomi baru.

Selamat Tahun Baru 2019 .Happy New Year 2019.

PHOTO-2018-12-30-10-52-59