Dr Sim menyampaikan sumbangan kerajaan kepada mangsa kebakaran

20190930

YB Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak merangkap ADUN N.14 Batu Kawa  telah membuat lawatan ke rumah  mangsa kebakaran di Kampung Rantau Panjang dan RPR Batu Kawa.

Dalam kejadian kebakaran tersebut, sebuah rumah di Rantau Panjang telah terbakar pada 4 Julai 2019 manakala 2 buah rumah di RPR pula terbakar pada 4 September 2019.

Menurut  Dr Sim, tujuan lawatan beliau pada hari ini adalah untuk melihat sendiri keadaan rumah mangsa sekaligus membantu menyediakan kediaman yang lebih selesa kepada  mangsa kebakaran.

Pada masa yang sama, Dr  Sim  juga menyampaikan sumbangan kerajaan kepada mangsa kebakaran.

20190930