Datuk Francis Harden Anak Hollis

IMG-20140515-WA0042

SUPP Pampang Simanggang dan Lingga amat bersetuju dan menyokong tindakan Pengerusi Pampang Simanggang, YB Sdr Datuk Francis Harden anak Hollis kembali mendokong pucuk pimpinan pusat SUPP setelah ROS menerima penjelasan SUPP tentang kesahan TDC 2011.

Sebagai ahli SUPP, kami amat mengharapkan masalah parti dapat diselesaikan dengan keputusan ROS tersebut. Kami berharap para ahli SUPP akan patuh kepada keputusan Menteri Dalam Negeri dan ROS, dan jangan lagi mengemukakan pandangan yang pelbagai terhadap kesahan TDC 2011. Kami berharap segala masalah dalaman parti berakhir dan kita dapat bersatu berganding tenaga untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

YB Sdr Datuk Francis tidak pernah “melompat”, selama ini beliau adalah seorang ahli SUPP yang setia kepada parti. Justeru itu, Kami berharap ahli-ahli SUPP harus mampu mengenalpasti kebenaran dan halatuju kita, bersatupadu menghadapi realiti politik semasa secara waras serta taat setia kepada pucuk pimpinan parti yang sah. Semangat sahati mesti menjadi pegangan kita.

Mengambil realiti bahawa kawasan Simanggang (N27) merupakan kawasan DUN parti kita, akar umbi serta penduduk setempat bersatu hati menyokong penuh Pengerusi Pampang Simanggang, YB Sdr Datuk Francis Harden anak Hollis untuk terus mewakili SUPP dan BN mempertahankan kawasan ini dan seterusnya berkhidmat kepada rakyat serta membangunkan kawasan ini.IMG-20140515-WA0042IMG-20140515-WA0041IMG-20140515-WA0040IMG-20140515-WA0039



« (Previous News)