DUN N 14 MRP-PPRMS Projek

DR SIM melawat dan menyerahkan plak projek MRP-PPRMS yang  berjaya dibaiki kepada penerima.

35 buah rumah di bawah Projek Kecil Luar Bandar-Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (MRP-PPRMS) bagi DUN N.14 BATU KAWA  telah berjaya dibaiki mengikut keperluan masing-masing.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak merangkap ADUN N.14 Batu Kawa YB Datuk Dr.Sim Kui Hian berkata 35 buah rumah tersebut adalah daripada 36 buah rumah yang terpilih di dalam fasa pertama.

Menurutnya lagi projek tersebut dimulakan pada  tahun 2018  di dalam dua fasa di mana fasa kedua akan dilancarkan dalam masa yang terdekat.

Tambahnya setiap rumah diagihkan wang penambahbaikan Maksimum RM15,000 dan peruntukkan bagi 35 rumah dianggarkan sebanyak RM500000.

DR SIM melawat dan menyerahkan plak projek MRP-PPRMS yang  berjaya dibaiki kepada penerima.

DR SIM melawat dan menyerahkan plak projek MRP-PPRMS yang  berjaya dibaiki kepada penerima.