Dr Sim senate speech on supply bill

unnamed

Perbahasan Rang Undang- Undang Perbekalan 2018

Senator Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian

5  Dec 2017 @ Senate, Parliament Malaysia

Selamat Pagi, Salam Sajetera, Salam Ibupertiwiku, Salam Negaraku Malaysia 

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua membenarkan saya membahas Bajet 2018.

Terlebih dahulu, izinkan saya untuk mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Yang Dipertua atas pengurniaan darjah bintang kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong. Pengurniaan ini amat besar maknanya dan menunjukksn pengiktirafan terhadap peranan penting Dewan Negara.

“Warmest welcome” ke semua Ahli YB YB Senator baru ke Dewan yang mulia ini.  Saya juga mahu menucapkan terima kasih dan setinggi tinggi perhargaan untuk berkhidmat negara kepada Ahli YB YB that just retired

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi tahniah kepada pucuk pimpinan kerajaan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,  Perdana Menteri serta Menteri Kewangan kerana telah bertindak dengan proaktif dan bijak dalam menyusun serta melaksanakan strategi ekonomi demi memastikan ekonomi Malaysia terus ampuh dan berdaya saing. Ucapan ribuan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana menyediakan satu Bajet yang memberi fokus kepada Sarawak dan bukan seperti bajet 2017 yang YAB Tok Nan labelkan “nothing much for Sarawak”.

Walaupun Sarawak mempunyai kurang daripada 10% penduduk secara keseluruhan, namun telah “contributing 10–20% of Malaysia GDP for a long time”. Namun amat malang apabila Kerajaan Persekutuan memperuntukan dana untuk tujuan pembangunan, Sarawak menjadi mangsakerana walaupun penduduknya hanya 10% daripada jumlah penduduk secara keseluruhan tetapi kawasan geografinya yang begitu luas merupakan satu cabaran yang besar. “consideration for funding should not be based on population when come to Sarawak”.

Tan Sri Yang Dipertua, 

Secara peribadi, saya kagum dengan  semua yang dibentangkan di dalam Bajet 2018 kerana  ia melambangkan  komitmen kerajaan serta fokus dan impian untuk menjadikan negara Malaysia negara berpendapatan tinggi dan menjurus ke tahap yang lebih baik menjelang tahun 2050 khususnya melalui Program Transformasi Nasional 2050.

Bajet sebanyak RM280.25 bilion ini yang antara lain akan mengembalikan  hasil kerajaan  kepada rakyat dan seterusnya   membantu ekonomi yang teguh. 

Terdapat usaha untuk menambahkan pendapatan rakyat dan juga menepati prasarana yang selesa untuk pelabur asingdan boleh memberikan daya tahan kepada ekonomi negara. Bajet ini juga dapat menepati kehendak semua kaum dan komuniti serta membantu rakyat di luar bandar agar dapat menikmati kesan pembangunan negara setaraf seperti mereka yang di bandar.

Pembangunan Infrastruktur Negara

Tan Sri Yang di-Pertua, 

Kerajaan memberi peruntukan yang besar dalam pembangunan infrastruktur negara dengan jumlah sebanyak RM6.5 bilion. Pembangunan infrastruktur amat penting kepada sesebuah negara “especially Sarawak with 70% of Sarawak budget, amounted to 5.745 Billion for development” kerana ia merupakan prasyarat kepada pembangunan sosioekonomi negara. Penyediaan infrastruktur yang berkualiti dan lengkap sememangnya merupakan asas kepada usaha negara untuk mencapai status negara yang maju.

Pembangunan adalah penting bagi memastikan rakyat mempunyai akses kepada kemudahan asas dan perkhidmatan seperti pengangkutan, komunikasi, elektrik dan air bersih. 

Infrastruktur yang baik menjadi asas kepada penyertaan sosial serta perkembangan dan pertumbuhan ekonomi. Saya yakin bahawa lebih banyak kawasan yang sebelum ini kurang pembangunan infrastruktur akan menikmati pembangunan sosioekonomi yang lebih giat di bawah peruntukan bajet ini. 

Berdasarkan kepada bajet ini, Sarawak dan Sabah mendapat peruntukan yang besar dalam pembangunan infrastruktur di kawasan pedalaman. Saya percaya bahawa arus pembangunan infrastruktur yang terbaru ini akan merapatkan jurang di antara kawasan bandar dan luar bandar, malahan di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. 

Komitmen berterusan kerajaan dalam memaju dan menaiktarafkan infrastruktur telah menjadikan infrastruktur Malaysia sebagai salah satu yang termaju dalam kalangan negara perindustrian baru di Asia. 

Kementerian Luar bandar dan Program Penyeragaman Harga

Tan Sri Yang Dipertua, 

Peruntukan RM620 juta untuk kemudahan bekalan elektrik bagi 10,000 rumah luar bandar di Sabah dan Sarawakdaripada jumlah bajet seluruh negara sebanyak RM627 juta dan RM300 juta bagi memastikan 3,000 rumah di Sabah dan Sarawak mendapat bekalan air bersih daripada RM420 juta yang dibajetkan tahun 2018 merupakan sesuatu yang amat dialu-alukan dan merupakan commitment penuh YAB PM Najib. Dengan adanya kemudahan asas air bersih dan bekalan elektrik itu maka akan meningkatlah nilai dan taraf hidup mereka yang disasarkan. Bagi memastikan pelaksanaan dan penyampaian kedua-dua kemudahan asas bekalan elektrik dan air bersih sampai ke sasaran dengan tepat dan berkualiti, saya berharap juga supaya dana peruntukan ini disalurkan terus kepada pihak kerajaan negeri masing-masing kerana kami memiliki jentera pelaksanaannya sendiri.

Tan Sri Yang di-Pertua, 

Peruntukan sebanyak RM80 juta bagi program penyeragaman harga barangan keperluan asas di Sabah dan Sarawak menunjukkan keikhlasan Kerajaan Pusat untuk menangani masalah kos sara hidup yang tinggi di kedua-dua di wilayah Borneo ini. Namun demikian, kita berharap jumlah peruntukan subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak dan lain-lain yang disediakan dalam bajet ini akan dikuatkuasakanberdasarkan nisbah realistic sesuai dengan keadaan taraf hidup penduduk yang terdapat di Sabah dan Sarawak.

Ekonomi Digital

Tan Sri Yang di-Pertua, 

Dalam proses memasuki era ‘the Fourth Industrial Revolution’ dan Era Digital ekonomi, kerajaan telah mendahului dan melaksanakan Dasar Digital Malaysia.Maka dengan   Revolusi Perindustrian 4.0 mampu meningkatkan produktiviti, daya saing dan pengurangan kos barangan. 

Persediaan yang sewajarnya dan pelan tindakan serta hala tuju untuk revolusi ini perlu dilakukan segera seperti menaiktarafkan internet speed dan memastikan penerimaan internet itu menyeluruh di seluruh negara.

Kerajaan juga perlu memastikan perkakasan dan alatan komputer dapat dibeli dengan harga yang munasabah agar proses pembelajaran dan penggunaan komputer dapat dipertingkatkan di kalangan rakyat. Insentif dan pengurangan cukai yang diberikan amat tepat pada masa dan ketikanya. 

Namun ketiadaan kepakaran ke arah ini akan menyulitkan keberkesanan usaha ini. Maka, saya memohon supaya menyediakan tenaga kerja yang seiring dengan usaha ini melalui TVET dan yang mampu bersiang di peringkat antarabangsa bersama soft skills seperti conversation inEnglish.

Di Sarawak, Kapten CM Abang Jo dan Team Tok Nan sejak mengambilalih jawatan sebagai Ketua Menteri yang ke-6 berhasrat untuk metransformasi economy Sarawak sebagai menjadi sebuah negeri yang terlibat dalam ‘digital economy’.  Dewan Undangan Sarawak telah meluluskan bil Sarawak Multimedia Autohrity.  Sarawak Pay telah dilancarkan pada bulan lepas dengan pembayaran tanpa melibatkan wang atau kad tetapi menggunakan telefon bimbit. 

Saya juga mengharapkan Kerajaan Persekutuan dapat membantu berkongsi “Digital Free Zone” ke Sarawak (Pls help to bring Jack Ma to Sarawak), bukannya sahaja setakat di Semenanjung Malaysia memandangkan Sarawak dengan murah hati berkongsi dengan Semenanjung Malaysia selama 54 tahun. Oleh itu saya berterima kasiah Kerajaan peruntukan 500 Juta untuk negeri Sarawak adalah untuk membina lebih banyak telekomunikasi tower di seluruh Sarawak untuk menampung keperluan high speed internet community yang diperlukan untuk pembangunan digital economy bagi Sarawak. 

Tan Sri yang Dipertua, 

Dalam memastikan kejayaan Ekonomi Digital secara keseluruhan, negara memerlukan lebih ramai pakar dalam bidang ini.   Malaysia dijangka akan mengalami kekurangan 3000 pakar dalam bidang ‘cyber security’ menjelang tahun 2020.

Keadaan ini juga akan terasa oleh Sarawak sekiranya kekurangan dalam keupayaan dan kemahiran dalam pertahanan keselamatan Cyber ‘Cybersecurity’. Sehubungan dengan itu, apakah rancangan kementerian khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi bagi melahirkan lebih ramai graduan yang mahir dalam bidang keselamatan Cyber “Cyber Security”.

Saya juga berharap  Kerajaan Pusat membantu kerajaan Sarawak supaya tidak ketinggalan dalam era IR 4.0 dan penggunaan digital economi.

Kementerian Pendidikan

Tan Sri Yang di-Pertua, 

Sektor pendidikan perlu terus dibangunkan di Sarawak agar setanding  dengan negeri-negeri yang lain. Bukan sahaja bangunan sekolah yang tidak mencukupi malah banyak yang telah usang. Maka   peruntukan sebanyak RM1 bilion akan membantu untuk membaikpulihkan dan menyelenggarakan keseluruhan sekolah-sekolah yang usang. 

Bagi menyempurnakan pelaksanaan kerja-kerja baikpulih, kita berharap pihak kerajaan pusat akan menurunkan kuasa pengurusan dana kepada pihak kerajaan negeri agar pelaksanaannya dapat dilakukan dengan cepat dan telus.

Saya juga ingin mencadangkan agar pelaksanaannya tidak perlu mewajibkan penggunaan bahan industrialized building system (IBS) sahaja memandangkan kos bahan IBS yang agak mahal dan masih perlu dibekalkan berbanding dengan keperluan bahan sedia ada dan sesuai yang boleh diperoleh dari kawasan setempat.

Kementerian Pendidikan  Tinggi

Tan Sri Yang Dipertua

Dalam Bajet 2018, Kementerian Pendidikan Tinggi telah mendapat peruntukan sebanyak RM13.9 bilion yang menunjukkan peningkatan sebanyak 12.7 peratus berbanding pada tahun ini iaitu sebanyak RM12.13 bilion. Peruntukan yang diberikan ini juga merangkumi peningkatan 13.63 peratus kepada belanja mengurus dan 11.36 peratus kepada belanja pembangunan. 

Ini sesuai dengan pencapaian dan peningkatan pendidikan tinggi negara. Lima universiti di Malaysia telah tergolong dalam 300 universiti terbaik dunia. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada KPT di atas pencapaian yang membanggakan ini. “Soaring upwards”

UNIMAS merupakan university awan ke 5 di Malaysia. Tahun ini celenrating Silver Anniversry – 25 years. Namun sehingga hari ini, UNIMAS merupakan hanya sebuah universiti yang mempunyai falkuti perubatan tanpa Teaching Hospital. Saya mengharapkan agar Kerajaan Persekutuan memandang serius perkara ini dan berlaku adil kepada pihak UNIMAS dan penduduk Sarawak. 

Pelancongan

Tan Sri Yang Dipertua, 

Menerusi Bajet 2018, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengisytiharkan tahun 2020 sebagai Tahun Melawat Malaysia  dengan  menjadi tuan rumah kepada APEC, WCIT dan COGEM. 

Pengisytiharan ini secara tidak langsung akan membawa sektor pelancongan negara ke tahap lebih baik yang akan dijadikan penanda aras bagi memperkasa industri pelancongan negara menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama Lembaga PelancongMalaysia dan pemain industri lain di negara ini. 

Bagi merealisasikan impian untuk mempergiatkan lagi sektor pelancongan di Malaysia, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta bagi program pembangunan dan promosi pelancongan melalui kemudahan infrastruktur pelancongan, homestaydan program eko-pelancongan. Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian supaya kawasan luar bandar di Sarawak turut dijadikan sebagai sebahagian daripada agenda dalam mempergiatkan industri pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020.

Kesihatan 

Tan Sri Yang Dipertua,

Oleh kerana kawasan geografi Sarawak yang besar, maka perkhidmatan kesihatan di Sarawak menghadapi cabaran besar sama ada di kawasan pendalaman mahupun bandar. Berkaitan dengan perkhidmatan di bandar, Sarawak amat memerlukan sebuah Hospital Kanser seperti Hospital Kanser di Putrajaya. Keadaan ini dapat mengelakkan beban yang terpaksa ditanggung oleh pesakit yang menggunakan perkhidmatan kapal terbang untuk mendapatkan rawatan. Berita yang mengembirakan ialah Sarawak mempunyai pakar seperti oncologist dan kaki tangan yang berkemahiran. Namun perkara yang menyedihkan ialah kita hanya dapat “tengok sahaja” memandangkan tidak ada peruntukan yang diberikan. 

Sarawak kini terdapat 167 klinik in kawasan pendalaman yang memberi perkhidmatan kepada 328,594 penduduk.Namun malang sekali apabila 114 (68%) klinik di kawasan pendalaman Sarawak tidak menpunyai doktor, 79 (47.3%) klinik ini tidak dibekalkan dengan air bersih, 58 (35.3%) klinik ini tidak mempunyai bekalan elektrik, 48(28.7%) tidak dilengkapkan dengan perkhidmatan telekomunikasi.

Oleh itu saya mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan memberi perhatian kepada perkhidmatan kesihatan sebagaimana perhatian diberi oleh Jementerian Pendidikan kepada ke Sarawak. Memang penting untuk memberi penekanan kepada pendidikan tetapi lebih penting untuk mempunyai kesihatan yang baik untuk mendapat manfaat daripada pendidikan. 

Rumah Mampu Milik

Pengumuman YAB Perdana Menteri terhadap peruntukan pembinaan rumah mampu sebanyak RM2.2 bilion amat dialu-alukan. Semasa saya melepasi Bandar Tun Razak dan Razak Mansion, saya percaya rakyat Sarawak akan berasa cemburu melihat rumah mampu milik di kawasan yang Ahli Parlimennya bukan daripada BN. Untuk pengetahuan semua, walaupun jumlah penduduk Sarawak tidak ramai, namun kawasan yang separuh saiz Melaka hanya diperuntukan seorang Ahli Berhormat.

Maka saya amat mengharapkan agar peruntukan bukan berdasarkan kepada populasi penduduk kerana keadaan ini tidak akan menguntungkan Sarawak malah Semenanjung Malaysia sekiranya sumbangan Sarawak kepada GDPadalah berdasarkan kepada jumlah penduduk.  Saya juga ingin mencadangkan untuk diadakan pembaharuan pembangunan (urban renewal) seperti  Razak Mansion bagi menggantikan rumah pangsa MBKS yang telah berusia 50 tahun, pembaharuan pembangunan bagi kawasan squattersdi Miri dan Sibu.

Malaysia Agreement 1963

Tan Sri Yang di-Pertua, 

Satu daripada perkara yang mengingatkan kita semua kepada Tok Nan ialah pengiystiharan 22 Julai sebagai Hari Merdeka Sarawak.

Pada 31 Ogos setiap tahun, kita meraikan Hari Merdeka Malaya dan Hari Merdeka Sabah. 16 September pula merupakan Hari Malaysia (Wedding Anniversary). Namun malangnya Singapura divorced pada 7 Ogos 1965. Tetapi Tanpa Malaya, tidak ada Malaysia. Tanpa Saeawak tidak ada Malaysia. Tanpa Sabah tidak ada Malaysia.

Tan Sri Yang Dipertua.

MA63 yang sering saya bangkitkan di Dewan yang muliabeberapa kali ini merupakan satu perjanjian antarabangsa “till today still with UN” dan di tandatangani oleh Government of United Kingdom, Government of Malaya, Government of Singapore, Government of Sarawak and Government of Sabah; bukan Kerajaan Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri yang lain. Maka perjanjian MA63 merupakan satu perjanjian yang sah. 

 

Sejak dahulu lagi, sama ada disedari atau tidak, hak Sarawak telah semakin pupus termasuk undang-undang “Continental Shelf Act 1966”, “Petroleum Act 1974” dan “Territorial Sea Act 2012”. Kesemua  undang-undang ini sepatutnya tidak boleh diluluskan Paliamenr Malaysia tanpa persetujuan DUN Sarawak dan DUN Sabah. 

Malahan Bil NSC, Bil Pelancongan dan Land Tax Bill (withdrawm) dari Dewan ini tahun ini merupakan satu perkara dalam hak Sarawak MA63. 

Saya berasa gembira dengan pelantikan YB Paul Igal sebagai Senator ke-empat dalam Dewan ini. Saya memberi sokongan penuh kepada YAB PM Najib yang mencadangkan 30% daripada anggota Dewan merupakan wanita. Mungkin telah tibanya masa untuk memperuntukan satu pertiga (1/3) daripada ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak seperti yang terdapat dalam penubuhan Malaysia. 

Asal penubuhan Malaysia bukan untuk mengubah Sabah dan Sarawak daripada pentadbiran koloni British ke pentadbiran koloni Malaya tetapi untuk berkongsi pembangunan infrastruktur, sumber manusia, pembahagian pentadbiran dan kekayaan  yang adil. Setelah 54 tahun, setelah Semenanjung Malaysia mendapat North South Highways and soon HSR, Sabah dan Sarawak baru mendapat Pan Borneo (Thank you PM Najib). Sabah dan Sarawak bukan sahaja memerlukan pembangunan infrastruktur, malah penglibatan peluang dalam sumber manusia. Penduduk Sarawak sangat berminat untuk menyumbangkan bakti kepada negara ini tetapi beberapa tahun yang lepas, saya berasa terkejut dalam jawapan di dewan ini mendapat only a handful of Sarawakian memegang jawatan Jusa C, Jusa B dan Jusa A dalam PDRM, ATM dan Federal civil service. Oleh itu saya memohon pelbagai agensi yang terlibat untuk memberi statistik kepada Dewan yang mulia berkaitan bilangan penduduk yang memegang jawatan Jusa C, Jusa B and Jusa A dalam perkhidmatan PDRM, ATM and Federal civil service in 2018.

Sebagai rakyat Sarawak saya juga ingin memberi penghargaan kepada sikap terbuka Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang sentiasa mendengar pendapat Kerajaan Negeri Sarawak mengenai penelitian semula MA 63 khususnya dalam  usaha untuk  memantapkan lagi hubungan antara wilayah di Malaysia. 

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Najib yang telah memberikan sokongan kepada aspirasi Rakyat Sabah dan Sarawak on MA 63 publicly during Hari Malayaia 2017 in Kota Kinbaru “what is Sabah and Sarawak under MA 63, it will be returned ”  

Harapan  agar meja perundingan yang dimulakan bersama oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan mantan Ketua Menteri Sarawak, Almarhum ‘Tok Nan’ dulu, dan dilanjutkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak ‘Kapten Abang Jo’ akan berakhir  dengan satu keputusan yang baik demi kesejahteraan dan kemajuan Malaysia secara keseluruhan.

Oleh sebab ini, Pada 9 November 2017, DUN Sarawak telah meluluskan usul untuk meneruskan tuntutan bagi pihak semua penduduk Sarawak terhadap MA63 dan meneruskan polisi Tok Nan untuk mendapatkan kembali hak dan  Sarawak daripada Kerajaan Persekutuan.

Rumusan daripada usul DUN Sarawak adalah untuk mencapai keputusan akhir kepada segala isu di bawah MA63 dengan perbincangan di peringkat tinggi wakil dari kedua-dua Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Semoga kedua-dua pihak diberi kuasa penuh untuk membuat keputusan untuk mencapai kata putus kepada segala isu yang dibangkitkan. Kerajaan Negeri Sarawak tidak ingin menggunakan cara konfrontasi semasa  perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan dalam proses penurunan kuasa kepada Kerajaan Negeri Sarawak.

Di samping itu, saya mahu menucapkan ribuan terima kasih kepada YAB PM Najib’s hati for Sarawak, telah melawat Sarawak lebih 50 kali dalam jangka masa 8 tahun as PM Malaysua dan telah memberi peruntukan kepada Sarawak “far more thanthe other PM who was in power for 22 years”. 

N14 Batu Kawah

Sebagai ADUN N14 Batu Kawah, saya harap issus issus di kawasan boleh kasih perhatian agensi-agensi Kerajaan Persukutuan.  Contohnya, malam tadi, Batu Kawah kenaflash flood.  Harap lebih peruntujkan untuk drainage dan flood mitigation.  

Batu Kawah juga tidak ada peruntukan dari Jabatan Landscape, KPKT selama 5 tahun. Harap KPKT dan EPU boleh luluskan peruntuakan untuk Riverbank Park.

Penutup

Tan Sri Yang Dipertua, 

Pada pandangan saya, bajet 2018 mencakupi keperluan pelbagai keperluan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum mahupun jantina,  merentasi pelbagai negeri dari Johor hingga ke Perlis, menyeberangi Laut China Selatan menjangkaui Sabah dan juga Sarawak. Itulah kekuatan bajet yang dibawa oleh pihak kerajaan. Bajet yang tidak bersifat populis, tidak menjanjikan bulan bintang tetapi sebaliknya sangat praktikal,bertanggungjawab dari sudut kedudukan fiskal negara mahupun demi kelangsungan kehidupan seluruh rakyat Malaysia.

Harapan saya agar setiap kementerian harus memastikan kesiapsiagaan mereka dan juga agensi masing-masing supaya mampu menterjemahkan hasrat ini sebaik mungkin. Ini penting kerana kalau sekiranya segala  yang dirancangkan tidak sampai terutamanya ke peringkat bawah, ia akan memberikan imej yang tidak baik kepada kerajaan. Malah ia akhirnya akan memberikan satu petanda buruk bahawa apa yang kita rancangkan di peringkat Bajet 2018 ini tidak mencapai objektif yang disasarkan.

Wish everyone in this Dewan yang mulia ini Merry Xmas and Happy 2018. 

Sekian Tan Sri Yang Dipertua, saya mohon menyokong.

Sekian Terima Kasih.

unnamed