Main Menu

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato IR Lo Khere Chiang menghadiri Program Bandar Selamat Sesi Dialog Haji Baki Kampung

Program Bandar Selamat (Sesi Dialog Keselamatan MPP, PDRM Bersama Komuniti Kampung Haji Baki) telah berlansung pada hari ini bertempat Dewan Komuniti, Kampung Haji Baki.

Antara pengisian program ini adalah Sesi Ceramah & Pencegahan Jenayah oleh PDRM ; Sesi Ceramah Kesedaran Penyalahgunaan Dadah oleh AADK ; Sesi Taklimat Keselamatan Komuniti oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional (JPNIN) ; Sesi Ceramah Bantuan Awal Kecemasan Dan Bencana oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Sesi dialog komuniti (Townhall Session) bersama MPP dan PDRM.

Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat, Dato Ir. Lo Khere Chiang, Ahli Dewan Undangan Negeri, N13 Batu Kitang. Turut hadir bersama adalah Cr Tan Kai, Pengerusi MPP ; Cr Abang Ismawi Bin Abang Ali, Timbalan Pengerusi MPP ; Superintendent Mohd Irwan Hafiz Bin Md by ok Radzi, Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan ; Puan Hajah Saptuyah Yusof, Penghulu Haji Baki ; Ahli-Ahli Majlis MPP ; Kakitangan-kakitangan MPP, PDRM, AADK, JPNIN & APM ; Ketua-Ketua Masyarakat, Pelajar-pelajar sekolah & penduduk-penduduk sekitar Kampung Haji Baki dan rakan-rakan media.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mendidik serta membudayakan komuniti setempat tentang tanggungjawab bersama dalam mencegah jenayah, keselamatan komuniti dan penyalahgunaan dadah dan berkongsi berkenaan dengan Bantuan Awal Kecemasan Dan Bencana. MPP berharap program dan kerjasama sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti setempat terjamin.






Comments are Closed