Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang menghantar pelajar Sarawak ke Universiti Hainan Haikou
KUCHING : Kumpulan kelima yang terdiri dariada enam pelajar yang disyorkan oleh Majlis Perbandaran Padawan diterima oleh Universiti Ekonomi dan Perdagangan Hainan Haikou berlepas untuk melanjutkan pelajaran.
Pelajar-pelajar tersebut ditemani ibu bapa masing-masing telah diketuai oleh Cr Amy Tnay akan tiba di Universiti Haikou pada 10hb dan akan diserahkan kepada pihak sekolah untuk dihantar ke kampus agar membuat pendaftaran segera.
Universiti Ekonomi dan Perdagangan Hainan Haikou telah mengamanahkan Majlis Perbandaran Padawan untuk mengambil graduan sekolah menengah dari Bandaraya Padawan sejak 2019 dan memberikan pelajar-pelajar tersebut biasiswa percuma selama empat tahun.
Tnay berkata sejak 2019 sehingga kini, Majlis Perbandaran Padawan telah mengesyorkan 32 pelajar tempatan untuk belajar di Universiti Ekonomi dan Perdagangan Hainan Haikou. Antaranya, pelajar yang mendaftar pada 2019 telah berjaya menamatkan pengajian pada awal Jun tahun ini dan kembali ke Malaysia selepas menamatkan pengajian.
Tiga graduan kini telah berjaya pulang ke Malaysia dan bekerja di sektor swasta. Jumlah kos tuisyen kolej empat tahun adalah bernilai RM2 juta untuk 32 pelajar tersebut. Di samping itu, ia dapat mengeratkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang, Ketua Pemuda SUPP Cawangan Batu Kitang Kaunselor Alvin Chong bersama setiausaha penganjur Gerald Goh berada di lapangan terbang untuk menghantar mereka pada awal pagi.

Comments are Closed